MONGGO DIKENALKAN KEPADA ANAK CUCU KITA... jika anda rela membaca tentang artis berjam2 maka buktikan bahwa anda lbh cinta nabi muhammad saw dgn membaca tentang nabi muhammad saw.
*BIODATA RASULULLAH S.A.W*
๐ *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim_.
๐ *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah
Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)
๐ *Tempat lahir* : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
๐ *Nama bapak* : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
๐ *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
๐ *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
๐ *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
๐ *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).
*USIA 5 TAHUN*
๐ _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
*USIA 6 TAHUN*
๐ _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.
*USIA 8 TAHUN*
๐ _Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.
*USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
๐Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
๐Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
*USIA 20 TAHUN*
๐Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
๐Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.
*USIA 25 TAHUN*
๐Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
๐Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
๐Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
๐Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
*USIA 35 TAHUN*
๐Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
๐Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
๐Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
*USIA 40 TAHUN*
๐Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
*USIA 53 TAHUN*
๐Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
๐Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.
*USIA 63 TAHUN*
๐Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.
*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*
๐ Khadijah Binti Khuwailid.
๐ Saudah Binti Zam'ah.
๐ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
๐ Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
๐ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
๐ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
๐ Zainab Binti Jahsy.
๐ Maimunah Binti Harith.
๐ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
๐ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*
1.๐ Qasim
2.๐ Abdullah
3.๐ Ibrahim
4.๐ Zainab
0 comments: